Dalam kita ketawa baca lawak2 dalam blog ni, apa kata kita ambil 5minit untuk renungkan tentang apa yang bakal kita lalui, kejadian yang pasti dilalui oleh setiap manusia... iaitu KEMATIAN!
Saya nak share sebuah cerita kematian dengan semua pembaca, semoga mendapat manfaat dari cerita ini....
Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba dirumah, aku terus duduk berehat di sofa melepas penat. Asar sudah di penghujung, tapi aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Anak anak dan isteri sedang berkumpul di depan televisyen di tingkat atas bangloku, manakala aku masih tersandar di sofa. Tubuhku letih memikirkan timbunan masalah di pejabat.
Dalam keletihan tadi, tubuhku disegarkan oleh angin dingin yang menghembus tepat di mukaku. Aku hampir terlena, hinggalah selang beberapa lama kemudian, 'seorang' yang tidak tampak dengan jelas muka dan batang tubuhnya, tidak semena mena sudah berdiri di depan mata. Dia persis seorang lelaki dan tajam memerhatikan aku.
Aku sangat terkejut dengan kedatangan yang tiba tiba itu. Sebelum sempat bertanya 'siapa kamu?', tiba tiba, aku berasa dadaku sesak. Sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara walaupun payah dan menyakitkan.
Di waktu itu, aku rasakan ada sesuatu yang berjalan perlahan lahan dari dadaku. Ia terus bergerak ke kerongkongku... Sakitttt!! Sakitt... rasanya. Ngilu dan pedih silih berganti. Keluar air mataku menahan rasa sakitnya yang tidak terperi.
Oh Tuhan, apa yang berlaku pada diriku?
Dalam keadaan yang masih sukar bernafas, benda tadi memaksa untuk keluar dari tubuhku. Khhh..Khh.. kerongkongku berbunyi. Sakit rasanya. Teramat sakit. Pedih, ngilunya seperti gumpalan kapas basah sedang ditarik dari ranting yang dipenuhi duri.
Aku cuba menahan benda itu supaya berhenti, jangan bergerak lagi dari kerongkongku. Tapi ia terus juga berjalan dan tidak mampu menahannya. Badanku gementar, peluh keringat meluncur deras. Mataku terbelalak semasa benda itu berkisar dari kerongkong menuju ke muka dan kemudiannya ke ubun ubun. Air mataku tidak berhenti mengalir kerana sakitnya tidak pernah tergambarkan.
Akhirnya tangan dan kakiku kejang seketika setelah benda itu meninggalkan tubuhku. Kemudian. aku melihat benda tadi dibawa pergi oleh lelaki misteri yang tadinya berdiri di depanku. Dia berlalu begitu sahaja, hilang dari pandangan.
Namun, setelah itu, aku berasa tubuhku jauh lebih ringan. Sihat, segar, lega, tidak seperti biasanya. Fikiranku lapang. Aku bangun dan berjalan ke tingkap untuk menghirup angin petang yang damai dan tenang.
"Abanggggg!!"
Tiba tiba, terdengar isteriku menjerit. Aku segera berpaling. Kulihat isteri serta anak anakku berhamburan berhampiran seseorang yang sedang tertiarap tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin, kulitnya membiru.
Siapa dia? Mengapa anak anak dan isteriku memeluknya sambil menangis? Mereka menjerit dan meraung. Isteriku seolah olah tidak mahu melepaskan orang yang terbujur tadi. Siapa dia? Siapa lelaki itu?
Lalu aku bergegas ke sofa. Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia..dia.. dia mirip dengan aku! Bentuk badannya sama denganku. Ya Tuhan, apa yang sedang berlaku padaku ini?? Aku cuba menarik tangan isteriku, tapi tidak mampu. Aku cuba pula merangkul anak anakku, juga tidak berjaya.
"Abang di sini, sayang! Abang di sini!!"
Aku cuba memberitau isteriku bahawa lelaki yang terbujur itu bukan aku, tapi isteriku tidak peduli. Mereka seolah olah tidak mendengar teriakkanku. Seolah mereka tidak melihatku. Dan mereka terus menerus menangis.
Aku sedar, kini lelaki yang misteri telah membawa rohku pergi. Aku telah mati!! Aku sudah meninggalkan mereka. Aku sudah berada di suatu alam lain. Tidak guna aku menangis dan berteriak lagi, mereka takkan mendengar suaraku.
Di saat itu aku terlalu sedih. Selama hidupku, belum banyak yang aku lakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah berakhir. Aku sudah dikembalikan di saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.
Apa akan terjadi padaku selepas ini? Aku ketakutan apabula teringatkan bahawa aku mati dalam keadaan aku belum bersolat! Aku takut, aku takuttt!! Oh Tuhan, ampunkanlah dosaku, ampunkanlah dosakuuuuu!!!
Ketika itu, aku berasa ingin melarikan diri, tapi ke mana? Bayangan api menjulang, ular dan haiwan berbisa serta segala bentuk seksaan kubur dan alam barzakh, datang silih berganti menyebabkan aku berasa ingin dihidupkan kembali, diberi waktu untuk bertaubat atas segala dosa dosa yang pernah aku lakukan.
p/s: maafkan saya, entry kali ini agak panjang. Semoga korang mendapat manfaat dalam cerita di atas. Kematian itu semakin menghampiri kita. Kita tidak tahu bila waktunya kita akan dikembalikan kepada Maha Pencipta. Sama sama berdoa agak kita dikembalikan dalam keadaan husnul khatimah. Wallahualam. InsyaAllah :)
Sambung la.. Sambung la.. Plisss.. :)
ReplyDeleteSambung apa?
ReplyDelete