Di hujung perbicaraan, seorang lelaki didapati bersalah kerana membunuh isterinya dengan mengetuk wanita itu sampai mati menggunakan tukul besi. Tiba-tiba terdengar satu suara dari galeri awam, "Kau memang kurang ajar, penipu!"
Semua yang berada di dalam makhamah itu terkejut. Polis dan kakitangan makhamah cepat cepat tenangkan lelaki yang menjerit tadi. Apabila keadaan kembali tenang, hakim menyambung keputusannya. "Simon, kamu juga dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh anak perempuan kamu dengan tukul besi."
Terdengar suara jeritan di kerusi belakang galeri awam, "Kau memang kurang ajar, penipu!"
Polis dan kakitangan makhamah meminta lelaki yang menjerit tadi supaya bertenang. Jangan emosional, ini makhamah.
Hakim menyambung, "Hukuman kedua..Simon, kamu turut didapati bersalah membunuh pembantu rumah kamu menggunakan tukul besi." Sekali lagi lelaki di kerusi belakang galeri awam berkata, "Kamu memang kurang ajar, penipu!"
Hakim naik berang. "Diam! Saya tak mau dengar lagi kamu menyampuk dan membuat bising. Kalau kamu buat juga, saya akan hukum kamu kerana menghina makhamah. Haa kamu, kenapa kamu buat bising?" tanya hakim pada lelaki tersebut.
"Tuan hakim, mana saya tak naik angin, 20 tahun kami berjiran, tapi setiap kali saya nak pinjam tukul besi, dia kata tak ada, tak ada, tak ada..."
HAHAHA! Semoga Terhibur :))
No comments:
Post a Comment