Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Tuesday, 16 August 2011

ISTERI

N̲a̲k̲ ̲p̲a̲n̲d̲a̲i̲=Cari isteri cikgu
N̲a̲k̲ ̲s̲i̲h̲a̲t̲=Cari isteri doktor
N̲a̲k̲ ̲k̲a̲y̲a̲=Cari isteri anak tan sri
N̲a̲k̲ ̲g̲l̲a̲m̲o̲u̲r̲=Cari isteri artis
N̲a̲k̲ ̲g̲a̲d̲u̲h̲=Cari isteri samseng
N̲a̲k̲ ̲s̲e̲m̲b̲a̲n̲g̲=Cari isteri penceramah
N̲a̲k̲ ̲a̲l̲i̲m̲=Cari isteri ustazah
N̲a̲k̲ ̲g̲e̲m̲u̲k̲=Cari isteri chef
N̲a̲k̲ ̲s̲e̲l̲a̲m̲a̲t̲=Cari isteri polis
N̲a̲k̲ ̲s̲t̲y̲l̲o̲=Cari isteri kaki shopping
N̲a̲k̲ ̲M̲A̲M̲P̲U̲S̲=Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua

HAHAHA :))

Monday, 15 August 2011

DUIT

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan bertanya:
 " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"


 RM50 menjawab, 
" Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, 
lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" 


RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,
 "Hmm..biasa lah..Balik-balik tempat sama. surau, masjid, surau... "

Thursday, 11 August 2011

COUPLE

TIPS2 4 COUPLE
1. if die ngamuk bleng² brg - try u sambut.ni ah msenye u tnjuk kpantasn jd gol keper.
2. if die mle jerit tbe² n non stop mbebel - u nyanyi kuat². ni ah msenye u tnjuk suare u shebat Black (Mentor)
3. if die tngok cm nk telan - U smile je ngok dia! bru die nmpak kec0melan U!
4. if die nk lari umah - Tlg kmas an brg dia sme².ni ah msenye u tnjuk btapa u rajin
5. if die cry cos sket aty - u tawe kuat² tguling². ni ah bukti u usehe wt dia appy time die sdg bduka, sad n tluka!...

KUIH MUIH

kuih paling gangster - lompat tikam
kuih paling sexy - puteri mandi
kuih paling keji - taik itik
Kuih bajet cute - cek mek molek
kuih untuk awet muda - seri muka
kuih paling alim - kuih ketayap
kuih penyakit lelaki kronik - batang buruk
kuih suka pukul - kuih lompang
kuih dalam zoo - badak berendam
kuih untuk sam polis trafik - kuih sampreeeeettttt
kuih yg bangun sendiri - kuih bangkit
kuih org ta mandi - kuih bau-lu
kuih paling tenteram - kuih makmur

Thursday, 23 June 2011

PEREMPUAN OH PEREMPUAN


p/s: Betul ker perempuan macam niiii??? komen sikit.

CUBA JANGAN GELAK ^_^

Malaysian history

Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan
digagalkan dari Ujian Sekolah Gagal Seumur Hidup (USGSH).

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Paray

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah
kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Lighter
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada
Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Tun Jane Abdullah

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau


p/s : pasti anda gagal.
sumber: klik sini


jangan upa klik nuffnang okkk??? ^_^



Saturday, 21 May 2011

PAK PANDIR 3

Korang pernah tak terfikir, kalau la wujud Pak Pandir pada zaman sekarang ni, agak agak macam mana la kan perangai Pak Pandir.tu. Ni pun aku terjumpa dalam 1 blog. Tergelak gelak aku baca... Jom tengokk..


HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

Thursday, 19 May 2011

PEN

Lost your pen = no pen
No pen = no notes
No notes = no study
No study = Fail
Fail = no diploma/degree
No diploma/degree = no work
no work = no money
no money = no food
no food = you get skinny
you get skinny = then you get ugly
Ugly = no love
no love = no marriage
no marriage = no children
no children = alone
alone = depression
depression = sickness
sickness = death

#Lesson: Don’t lose your pen, you will die..


HAHAHA!! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

Sunday, 15 May 2011

CINTA SAYANG SUKA MINAT

Jum tengok perbezaan keempat empat istilah nii...


@ Cinta
 - Korang memang mengharapkan diorang jadi milik korang. Segala apa yang korang buat, kalau boleh nak dia tau. Korang sebolehnya tak mau sakitkan hati dia. Korang akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
* maksud lain : cinta ditujukan kepada seseorang yg korang selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya korang akan kesunyian dan korang mencintai sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.

@ Sayang
 - Korang memerlukan dia waktu korang mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka. Selalunya korang akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah korang.
* maksud lain : sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah korang.

@ Suka
 -  Korang sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, korang rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, korang taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.
* maksud lain : suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pak lawak kepada korang..kira penghibur laa.

@ Minat
 -  Apa yang ada pada dirinya yang menarik korang untuk mendekatinya.
* maksud lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang korg mahukan/idamkan.

Tapiiii... tanpa minat, suka dan sayang pada seseorang tu, korang tak kan jatuh cinta pada seseorang tu.

Semoga Terhibur :))
p/s : mood malam ni tak stabil sikit. mesti ada yang angguk2 kepala baca entry ni kan? kan? Tapi yang paling penting ialah mencintai Maha Pencipta kita. renung renungkan... :)

published again

Friday, 13 May 2011

BINTANG BOLA SEPAK

Korang mampu jadi bintang bola sepak jika korang ada ciri ciri kat bawah ni. Jum bacaaaa...


@ Sejak kecil korang asyik bermain bola sepak sampai tubuh badan korang sering disepak oleh ayah korang sebab seharian suntuk bermastautin kat padang bola sepak.

@ Boleh menimbang bola sambil masak nasik ataupun mengecat rumah, kalau tak boleh jadi bintang bolasepak pun korang boleh beraksi sebagai badut sarkas.

@ Mempunyai tulang keting tahap kayu beluti yang mana korang cukup sesuai berada di posisi pertahanan untuk mengawal pergerakan pihak lawan.

@ Mempunyai tubuh fleksibel dan mampu membuat pergerakan seperti ular tedung yang mana kebolehan ini memungkinkan korang bermain sebagai penyerang berbisa.

@ Jikalau jantung dan paru paru korang kuat, ini bermakna korang cukup fit untuk beraksi penuh selama 90 minit tanpa apa apa keletihan. Tapi kalau fit pun, tapi kaki korang kaki bangku, lupakan jela nak jadi bintang bolasepak. okey??

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
p/s : ada ciri ciri jadi bintang bolasepak x? hehe
MyEm0.Com

Wednesday, 11 May 2011

WARNA WARNI TUBUH BADAN

Tak payah beli pensil warna, tak payah pinjam krayon member, sebenarnya banyak warna di tubuh badan korang. Cuma tak boleh digunakan untuk masuk pertandingan mewarna je laaa..

@ Mata Merah
 - Sakit mata atau mata tu jadi merah sebab kena cucuk masa leka mengendap anak dara jiran sebelah mandi.

@ Otak Kuning
- Otak yang dah terlampau kotor sebab banyak fikir yang bukan bukan terutamanya yang lucah dari fikir pasal kebajikan.


@ Hati Hitam
 - Hati orang yang dah tak makan nasihat langsung dan tak serik serik buat benda tak berfaedah.

@ Hidung Belang
 - Jantan yang suka mengacau perempuan tak kira tunang orang mahupun bini orang apatah lagi awek orang tapi bukan nenek orang.

@ Kulit Putih
 - Menjadi pilihan kebanyakan lelaki sebagai syarat mencari awek walaupun diri sendiri putih sikit je dari bontot kuali.

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

Tuesday, 10 May 2011

KUASA LUARBIASA

Kita sering mengagumi kebolehan kebanyakan adiwira terkenal dunia kerana mempunyai pelbagai kuasa luarbiasa yang membolehkan mereka melakukan perkara yang tak logik dilakukan oleh manusia biasa. Tetapi, tahukah anda kuasa luarbiasa ini mungkin sudah tertanam dalam tubuh anda tanpa anda sedari. Jum kita baca dan renung renungkan..

@ Boleh makan seperiuk nasik tanpa ada apa apa kesan pada perut. Ternyata anda mempunyai kuasa untuk menghabiskan berasa dalam sekelip mata... pastu tidur kan? kan??

@ Boleh menghilangkan diri seperti dibawa angin setiap kali orang datang untuk meminta derma. Kebolehan ini dipanggil halimunan jahanam peringkat kedua!!

@ Boleh memperdayakan kaum wanita dengan janji manis kemudian mengambil kesempatan dengan rakus. Ini memang kuasa luarbiasa yang dimiliki oleh buaya darat terhormat!!

@ Mampu menghilangkan benda seperti duit member, kasut surau, henpon dan bermacam macam lagi barang curi. Kebolehan ini dimiliki oleh golongan jin seperti toyol dan korang boleh jadi apperantice diorang kot!!

@ Boleh bermain facebook dari pagi hingga petang di waktu pejabat tanpa dikesan. Ternyata korang memperolehi kuasa untuk mencari kerja lain jikalau diberkas majikan.

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
p/s : bangga tak ada kuasa luar biasa?
MyEm0.Com

Monday, 9 May 2011

HERO HERO TAK RELEVAN

Kita boleh lihat banyak hero ciptaan barat, macam macam! Macam best jer. Memang sekali tengok macam best  ler. Tapi, cuba fikir 8 kali, pasti korang mendapati kebanyakan hero tu mengarut je, tak relevan dan tak ikhlas langsung!! Malah kebanyakkannya juga bukan ciptaan original, ditiru dan diciplak!!


@ Superman
 - Kalau nak ikutkan, nama Superman ni tak original kerana ia diambil dari nama salah seorang tukang kebun Indon yang bekerja di Hollywood, iaitu Suparman. Malah kain layang di belakang Superman juga ditiru dari Suparman , yang mana beliau selalu mengikat kain pelikat di belakang ketika salji turun.

@ Batman
 - Semua orang tau Batman membanteras jenayah pada waktu malam. Habis tu, kalau orang jahat buat perangai waktu siang hari macam mana? Pernah tak korang tengok Batman keluar time matahari terpacak kat kepala? Sekarang ni orang rompak kedai emas siang siang buta dengan selambanya kan?


@ Spiderman
 - Sampai sekarang masih terfikir siapakah yang bersihkan tali tali yang dia buat bergayut ke sana ke mari tu ya? Kalau biar, mau penuh berjuntai juntai kat bangunan bangunan. Ke Spiderman ada bukak kompeni cleaner services, cuci bangunan?


@ Iron Man
 - Agak agak berapa kilo pakaian Iron Man tu ya? Kalau gadai kat kedai besi buruk dapat banyak gak kot. Tak panas ke? Ke ada aircond dalam pakaian dia tu? Banyak soal plakkkk!!


@ Hulk
 - Hero yang bermasalah besar niii. Sampai bila dia kena marah marah dulu baru boleh bertukar jadi hijau dan kuat. Pastu baru boleh tolong orang yang dalam kesusahan. Susah la kalau macam ni. Lepas tu, dah la tak hensem!!


HAHAHA! Semoga Terhibur :))


p/s: mesti korang terbayang bayang muka hero hero ni kan? :P
MyEm0.Com

Sunday, 8 May 2011

KEGUNAAN HANDPHONE

Hampir semua orang ada handphone dan memang hampeh la kalau takde. Jom kita tengok lain lain kegunaan handphone...

@ Sebagai alat pengawal keselamatan ketika kecemasan. Contohnya, ketika diserang atau dikejar anjing jiran yang tak ditambat. Dalam kelam kabut mana la sempat nak capai batu atau kayu. So, amik jer handphone dan lemparkan ke arah kepala anjing tersebut.

@ Juga boleh dijadikan senjata rahsia macam James Bond 007 tu la. Ia boleh digunakan ketika diserang pencabul. Ketuk kepala penyerang dengan handphone korang. Apapun disarankan korang menggunakan handphone keluaran lama lama dulu, yang gedabak macam batu pengasah tu.

@ Bagi yang selalu sengal sengal badan, lenguh lenguh sendi, handphone ini boleh dijadikan sebagai alat urut. Ketika ada panggilan atau sms masuk, gegaran handphone itu mampu melegakan kesengalan apabila korang meletakkan di tempat tempat tertentu.

@ Mampu juga menjadi alat terapi dan rawatan tambahan bagi menghentikan ketagihan rokok. Ketika korang ketagih nak berasap atau ketika korang lepas makan, apa kata korang gigit je handphone sebagai ganti rokok.

@ Sebagai alat untuk berlagak, tunjuk eksyen kat kawan kawan. Menyampah!! Macam la dia sorang ada handphone canggih!

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

KELEBIHAN LELAKI BOROI

Boroi ni nampak comel dan cute kata sesetengah orang. Betul ke?


@ Kalau dia lelaki bujang, maknanya dia cukup makan minum. Atau mungkin dah terlebih makan minum la tu ya. Dan yang paling penting emaknya memang pandai masak la tu!!

@ Kalau dia dah kawin, itu tanda makan minumnya terjaga. Dan itu juga petanda bahawa bininya memang terror masak!

@ Bagi yang dah kawin, keboroian perut merupakan satu motivasi di mana lelaki boleh merasai bagaimana rasanya isteri mengandung terboyot boyot bawak perut.

@ Manakala yang dah ada anak tu, boroi merupakan kelebihan untuk menambah kemesraan dengan anak anak. Anak anak boleh menjadikan perut sebagai bantai atau tilam yang begitu empuk.

@ Selain itu, perut yang boroi boleh dijadikan sebagai gendang untuk menghiburkan hati di kala duka atau perut lapar. Boleh juga menjadi pengganti kepada pelampung kalau terjatuh dalam air.

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

Saturday, 7 May 2011

KEBANGGAAN SEORANG AWEK TERHADAP PAKWENYA

Bila berkata pasal kapel, memang cukup luas topiknya, salah satu topik tersebut, bila bertanya pada seorang awek tentang apa yang jadi kebanggaan beliau terhadap pakwenya, kebanyakan awek berpendapat....

@ Setiap kali keluar shopping, walaupun pakwenya sengkek, tapi dia sanggup bayarkan barang barang yang dibeli.

@ Walaupun pekerjaan pakwenya hanya seorang despatch tapi dia mampu membeli kereta dan rumah sendiri.

@ Tau aweknya tak pandai masak dan tak sedap, tetapi pakwenya langsung tak pernah complain.

@ Setiap pagi, tengah hari, petang dan malam, dia akan call ucap good morning, dah lunch ker, dan minum petang dan say good night sebelum tidur.

@ Walaupun awek demam sikit sikit ja tapi pakwe risau lebih lebih. Dia beli macam macam ubat bagi lekas sembuh.

@ Ada pakwe malu malu nak kenalkan awek pada kawan kawannya, tapi kalau pakwe yang selamba kenalkan dan dapat join dengan kawan kawannya, itu memang membanggakan bagi seorang awek.

@ Walaupun awek banyak kali buat salah, dia tak pernah nak marah atau ungkit hal tersebut.

@ Bila pakwe nak beli sesuatu barang, dia mesti nak ajak awek temankan dan cari sesama. Buah fikiran dan pandangan awek yang diutamakan dahulu.

HAHAHA! Semoga Terhibur :))

p/s: mesti ada yang angguk2 baca post ni. kan?kan?kan?
MyEm0.Com

CINTA ITU BUTA

Banyak ungkapan untuk sebuah perkataan cinta.. Antaranya 'cinta itu buta'. Diistilahkan ia buta, orang tak nampak kesucian cinta yang sebenar. Kat sini dinyatakan akibat bila orang bercinta tak tau menilai sebuah cinta...


@ Cinta itu buta bila korang dikaburi dengan perangai baik si dia. Tengah hangat bercinta segala apa yang datang daripadanya elok belaka, baik hati dah terluka barulah terasa nak bagi kaki kat muka dia.

@ Cinta itu buta bila segala harta dikongsi bersama, masa senang segalanya berdua. Bila salah sorang dah jatuh papa kedana masa itu la korang merana sorang sorang.


@ Cinta itu buta bila agama dah jatuh nombor dua. Segala lafaz yang keluar dari mulut pasangannya benar belaka sehingga sanggup membelakangkan penciptaNya. Bila dah dapat bala, baru terbuka mata... bersegeralah bertaubat sementara pintunya masih terbuka.

@ Cinta itu buta bila jiwa dan raga semurah harga seekor ikan laga, nafsu bergelora mulalah buat benda yang menjatuhkan air muka keluarga. Bila mahkota diri boleh dijual beli, pergi tengok dalam longkang mesti ada baby.

 @ Cinta itu buta bila ada yang sanggup lari dari keluarga nak mengejar cinta sejati kononnya hingga lupa yang bersusah payah membesarkannya. Bila sedar semua itu mainan cinta, baru sebok nak cari saudara mara.

p/s: post ni bukan lawak. Apa yang ditulis ni semuanya kenyataan, kita boleh tengok kat sekeliling kita, ramai remaja Islam yang dah rosak. Semoga menjadi panduan untuk semua orang :)

Friday, 6 May 2011

SEMAKIN RASA BOSAN SEMAKIN DILIHAT

@ Jam
 - Bila sedang menunggu seseorang yang lambat sampai, pasti korang akan kerap tengok jam. Sampai naik bosan nak tengok jam, tapi korang tetap jugak kena tengok.

@ Jiran
 - Bila jiran bergaduh sampai baling baling barang ke luar rumah. Walaupun kerap berlaku sampai naik bosan nak tengok, tapi tetap jugak nak korang tengok.

@ Suami
 - Bosan tunggu suami lambat balik kerja. Dah masak sedap sedap pun tak balik lagi. Dari pukul 8 malam sampai pukul 12 tengah malam korang masih jugak terjenguk jenguk kat luar dengan sabar.

@ Jerawat
 - Memang bosan kalau ada jerawat, rasa tak selesa dengan kemunculannya. Walaupun bosan dengannya, korang tetap jugak tengok dan amik berat kehadirannya.

@ Cermin
 - Bosan tengok cermin...nak pergi kerja tengok cermin nak mekap, naik kereta tengok cermin, gi shopping pun kena tengok cermin. Nak tak nak, ada masa memang korang kena jugak tengok cermin.

@ Kapel
 - Bila bosan dengan kerenah pasangan mulalah merajuk untuk sehari dua. Menyampah konon, tapi gambar dia tetap jugak korang tengok. Rindu la tu...

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

Wednesday, 4 May 2011

JENIS JENIS TENSEN

@ Tensen pasal duit gaji yang dapat tiap tiap bulan tak pernah cukup untuk belanja sebulan.

@ Tensen pasal dah lama kerja, tapi gaji tak naik naik.

@ Tensen pasal awal awal dah apply cuti tapi di saat saat akhir tak dapat pulak.

@ Tensen hutang makin lama makin banyak bertambah.

@ Tensen dengan jiran sebelah yang saja carik pasal.

@ Tensen memancing tak dapat ikan, walau menjadi orang pertaman yang sampai kat kolam mancing.

@ Tensen tengok program TV yang tak best dan sentiasa berulang ulang.

@ Tensen gaduh dengan kapel pasal masalah yang remeh temeh.

@ Tensen bila memikirkan asyik kena buat kerja tapi yang lain melepak.

@ Tensen bila tiap kali nak study untuk final exam, selalu tak dapat concentrate sebab ada FB kat depan mata.

@ Tensen bila ada mamat/minah yang asyik kejar2 kita even kita dah cakap kita meluat tengok muka diorang.

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

JUM BACA FAKTA FAKTA MENARIK

1) KAKTUS

Kaktus mempunyai sistem anti dehidrasi yang luar biasa, sehingga sebahagian spesiesnya melepaskan hanya 1/600 wap air daripada tanaman biasa yang sama ukuran dengannya.






2) IKAN EMAS

Ikan emas akan memudarkan warnanya bila diletakkan dalam tempat yang suram cahayanya, atau bila ditempatkan di dalam air yang mengalir, tetapi ia akan tetap berwarna keemasan bila diletakkan di sesebuah akuarium dengan cahaya yang cukup.




3) KOKAIN

Dalam masa 1jam selepas menggunakan kokain, risiko serangan jantung si pengguna akan meningkat 24 kali ganda.




   4) YKK

   Yoshida Kabushikigaisya adalah syarikat pengeluar zip terbesar dunia.
   Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1934 dan pada tahun 1964 namanya
   diubah menjadi YKK Co. Kini mempunyai 80 syarikat di 206 lokasi di
   52 negara.









p/s: arini saya sertakan beberapa fakta yang saya tahu untuk dikongsi bersama.
Enjoy readerssss~ :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...