Jum tengok perbezaan keempat empat istilah nii...
@ Cinta
- Korang memang mengharapkan diorang jadi milik korang. Segala apa yang korang buat, kalau boleh nak dia tau. Korang sebolehnya tak mau sakitkan hati dia. Korang akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
* maksud lain : cinta ditujukan kepada seseorang yg korang selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya korang akan kesunyian dan korang mencintai sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je.
@ Sayang
- Korang memerlukan dia waktu korang mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka. Selalunya korang akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah korang.
* maksud lain : sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah korang.
@ Suka
- Korang sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, korang rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, korang taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.
* maksud lain : suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pak lawak kepada korang..kira penghibur laa.
@ Minat
- Apa yang ada pada dirinya yang menarik korang untuk mendekatinya.
* maksud lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang korg mahukan/idamkan.
Tapiiii... tanpa minat, suka dan sayang pada seseorang tu, korang tak kan jatuh cinta pada seseorang tu.
Semoga Terhibur :))
p/s : mood malam ni tak stabil sikit. mesti ada yang angguk2 kepala baca entry ni kan? kan? Tapi yang paling penting ialah mencintai Maha Pencipta kita. renung renungkan... :)
published again
setiap kali mesti cinta.
ReplyDeletesedang ingin bercinta ke?hehe
ReplyDeletesape yg sedang ingin bercinta suha? hahahha :P
ReplyDelete