Thursday, 19 May 2011

PEREMPUAN

Kisah ini bermula apabila seorang anak mengajak ibunya makan malam bersama...

Anak : Ibu, malam ni kita pergi makan malam sekeluarga tau.
Ibu : Eh, bolehh..tapi kau kena telefon bapak kau dulu.

Beberapa minit kemudian...


Ibu : Kau dah telefon bapak kau ke?
Anak : Dah mak, tapi saya dengar seorang perempuan bercakap.
Ibu : Apa? Perempuan? Oh, rupa rupanya bapak kau balik lambat selama ni sebab dia ada perempuan lain la.!!

Si bapak pun balik ke rumah. Ramai jiran keluar kerana dengar bunyi pergaduhan...


Ibu : Awak buat apa kat tempat kerja, pergi mengurat eh? *sambil marah marah*
Bapak : Apa yang awak merepek ni???!
Ibu : Anak awak kata, perempuan yang jawab telefon awak tadi. Halim, keluar sekejap!
Anak : Ye ibu, apa dia?
Ibu : Apa perempuan tu cakap tadi?
Anak : Perempuan tu cakap, "Harap maaf, nombor yang anda dail, berada di luar kawasan. Sila cuba sebentar lagi." Hehehe..
Mak : *tersenyum tersipu sipu menahan malu*

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
p/s: lain kali siasat dulu baru serang!!
MyEm0.Com

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...