Monday, 2 May 2011

JUM MUHASABAH DIRI

Post kali ini hendak memberitahu bahawasanya kita sememangnya patut bersyukur kehadrat Allah dalam setiap perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T...... Konsep mengambil hikmah dari setiap apa yang berlaku, walaupun ketika itu kita didatangi dengan perkara-perkara yang tertulis dibawah ini, sememangnya lebih menenangkan hati, seterusnya membentuk akal fikiran yang lebih kerap berhusnuzon(berfikiran positive)....

BERSYUKURLAH.....

1. Apabila suami/isteri kita yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. Apabila anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di tempat yang x patut.

3. Apabila pakaian kita ada yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

4. Apabila lantai kita yang perlu dimop, tingkap kita yang perlu dilap, dan rumah kita yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mampu/masih mempunyai tempat tinggal.

5. Apabila terdengar bunyi bising jiran-jiran kita, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

6. Apabila ada timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

7. Apabila keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih lagi berupaya.

8. Apabila dikejutkan dengan jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut.

9. Apabila menghadapi kesesakan lalulintas/jalan raya, kerana itu bermakna kita masih lagi selamat berada di dalam kenderaan.

10. Apabila kita didatangi dengan kesakitan, kerana sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.

11. Apabila kita didatangi dengan kesakitan hati, terasa marah dengan tingkah laku seseorang dan seperti berada diantara situasi meletop x meletop sahaja, itu bermakna akal fikiran kita masih lagi waras untuk berfikir dan memberi respon sedemikian.

p/s: dalam gelak tawa, kita perlu ada masa untuk muhasabah diri walaupun cuma sebentar. Semoga jadi pengajaran untuk semua. :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...