Wednesday, 17 August 2011

TUDUNG


Seorang pemuda bernama Shah baru saja baru sahaja pulang ke rumah. Ia sendirian di biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.
Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan. Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja. Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.
Anak : Ibu..
Ibu : Hmgggmm ?
Anak : BU !
Ibu : APA ?
Anak : Mmm,  … tadi saya ke masjid dengar ceramah..
Ibu dengarlah ni !
Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk
kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu
sudah nak rabun…
Anak : Bu !
Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?
Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal tudung. Katanya
pakai tudung itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai
tudung. Boleh tak Bu..?
Ibu : Jangan …
Shah cuba menajamkan perhatian pendengarannya.
Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa,Bu. Boleh ya, saya nak pakai tudung ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN …
Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai tudung kerana kerana kita orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu…? Bolehlah bu..
Ibu : TIDAK !
Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai tudung ? Ustaz cakap, tudung itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.
Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !
Anak : Jadi Ibu melarang saya nih… Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai tudung. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau orang tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.
Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan,
JANGAN !!!
Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI
TUDUNG. MUKTAMAD!
Ibu : Jangan pakai lagi, faham x?.
Anak : TUDUNG !
Ibu : JANGAN !
Anak : TUDUNG !!
Ibu : J A N G A N !!!
Anak : T U D U U UN G G G G G!!!!
Shah sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk mengetuk ….namun shah terdengar lagi kata-kata dari si ibu …
Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH!
KAMU KAN LAKI-LAKI…..Mana ada orang laki pakai tudung!!! aish… tu la, masa ustaz bagi ceramah kamu tidoo!!
Shah terkedu lalu melangkah yang longlai
(hehehe, serius tul baca nampak……………………..aku pun terkena jugak…hangin satu badan……….haaa……haaaaa??!!]
: Sumber

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...