Saturday 30 April 2011

JAWAPAN SELAMAT SEORANG PAKWE

Memang leceh kalau dapat makwe yang kuat merajuk, melenting tak tentu pasal. Ni nak kongsi beberapa jawapan selamat sebagai alasan yang boleh menyelamatkan korang..


@ "Saya on the way"
 - Padahal korang gerak pun tak lagi.


@ "Saya bawak mak saya pegi klinik dulu, dia demam."
 - Padahal mak korang sihat walafiat je.


@ "Awak tak dengar radio ke kata suruh cari jalan alternatif pasal ada kemalangan? Ni saya tengah cari la ni."
 - Padahal korang bukan bawak kereta, tunggang motor je.


@ "Saya bukan tak ingat birthday awk, saje je nak test tengok awk macamana. Memang hodoh, tak lawa langsung..baik awk senyum."
 - Padahal bukan setakat lupa tarikh lahir malah umur awek korang pun tak ingat.


@ "Bukan ke semalam saya cakap tunggu kat KL Sentral, yang awk pepandai pegi MidValley apa hal? Tunggu sy datang kat sana."
 - Padahal memang suruh tunggu kat MidValley pun.


@ "Tak payah shopping time karnival nih..rugi. Baju lawa-lawa semua dah abis, tinggal tak lawa je."
 -Padahal tak sanggup nak ikut shopping sebab bakal kena membayar.


HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

MASA KORANG CARI ROTI

Ada memacam jenis roti kat pasaran. Makanan yang ringkas dan mudah dibawak ke mana-mana pada bila-bila masa. Bila korang cari roti? Bila??


@ Masa pegi berkhemah, makanan paling wajib dibawak bersama pasal roti ni ringan dan menjadi makanan isi perut di tengah malam buta.


@ Masa tengah sengkek. Duit dah tak berapa nak ada, nak makan nasik mahal...mau emapt lima ringgit berbanding roti berinti baru 80sen.


@ Masa tengah travel balik kampung. Tak kira la naik bas ke, pandu kereta sendiri, nak berenti malas. Alang alang isi minyak beli la roti.


@ Masa nak sarapan pagi. Dah tak tau nak buat menu apa untuk sarapan, layan je roti bubuh marjerin.


@ Masa bersukan seperti main bola. Nak makan nasik berat sangat dan lambat hadam. Kang tak larat nak kejar bola, jadi alas je perut tu dengan makan roti.


@ Masa tinggal kat hospital, makanannya tak berapa menyelerakan dan mengikut jadual. Maka roti la penyelamat bila perut berkeroncong.


HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

AYAT TAK BOLEH PAKAI



@ "Korang jangan susah hati, kena je nombor first prize ni, semua hutang ko tu aku setelkan."
 - Tapi..bila naik je nombor tu, dia kata, tiket nombor hilang la, lupa beli laaa, tiket entah hilang ke mana la..


@ "Hari ni ko belanja aku, sok dapat gaji aku belanja ko pulak."
 - Tapi..bila dapat gaji je, dia kata duit tak sempat tengok dah habis bayar hutang.


@ "Saya berjanji sekiranya dapat bekerja kat sini, saya akan bekerja bersungguh-sungguh."
 - Tapi..bila dah kerja, hari-hari punch card dia merah, selain MC dan selalu hilang dari tempat kerja.


@ "Aku pinjam kejap je keta ko. Aku nak hantar mak aku ke stesen bas je."
 - Tapi..bila dah pinjam seminggu belum tentu hantar balik. Abis dia lanyak bawak enjoy ntah ke mana-mana ntah.


@ "Jangan risau, kalau aku pinjam kete ko, aku akan isi minyah penuh."
 - Tapi..bila time pulangkan kete, toksahkan minyak je kering kontang, macam2 saman dia tinggalkan untuk kita setelkan.


@ "Ingat, esok jangan lambat. Lagi bagus kalau boleh sampai setengah jam awal, sapa lambat tinggal atau pegi sendiri."
 - Tapi..dia yang lewat dengan berbagai alasan, jem la, terlupa kunci jam la, itu la, ini la. Lepas tu senyum senyum kambing lagi.


HAHAHA! Semoga Terhibur :))

MyEm0.Com

TANDA TANDA KORANG CUBA DIPIKAT

Pernah kena ngurat? Sama ada lelaki, perempuan atau di antaranya..peluang untuk dipikat, digoda, diurat atau seangkatanya gerenti ada. Korang boleh perasan kalau ada orang yang cuba masuk jarum dengan petanda fikizal diorang. Meh baca..


@ Mula-mula , mesti diorang cuba mintak nombor phone korang dengan berbagai cara dan helah secara direct atau melalui kawan2 korang.


@ Lepas dapat nombor phone, diorang mula2 buat salah hantar mesej atau tersilap dail. Ada jugak siap tanya biodata empunya nombor phone tu.


@ Seterusnya, diorang akan selalu mesej korang. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, yang lebih dasyat pkul 2 3 pagi pun nk SMS lagi. Dalam ngantu ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.


@ Dah tu pulak, dah penat2 SMS dengan korang, dia akan terus call korang. Konon bercakap lagi save daripada SMS.


@ Dah rasa kukuh sikit cubaan memikat tu, dia akan ajak keluar gi makan ke, temankan korang beli belah ke, ape ke. Memang pandai diorang dalam bab bab mengajak keluar ni. Kalau takde kereta tu, sanggup pinjam kereta kawan atau menyewa.


@ Bila dah lama sikit kenal, dia tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk la, comot la, sayang la, abang la, dan macam macam lagi la panggilan.


@ Kemudian mula la start mesej2 nakal. Konon konon nak lebih mesra dan bermanja la tu.


@ Akhir sekali, sekiranya dia betul betul nak pikat korang, dia akan melamar korang dengan melafazkannya sama ada dalam telefon je, ada yang bersemuka ketika makan, ada yang sanggup datang waktu malam sebab nak bersaksikan bulan.


HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

Friday 29 April 2011

DI SEBALIK KENDURI

Apa ada pada kenduri selain dari makan, makan dan makan? Ada perkara lain yang korang tak nampak di sebalik kenduri, antaranya:-


@ Dapat berjumpa kembali dengan sanak saudara, sahabat handai yang lama terpisah ataupun pura-pura terpisah akibat daripada hutang-hutang yang belum selesai.


@ Dapat bertemu jodoh secara tak sengaja atau sengaja terjumpa dengan jodoh yang lama terpisah akibat dari tentangan keluarga.


@ Dapat memupuk kembali semangat gotong royong dan bantu membantu yang semakin pudar ditelan kesibukan mengejar harta dunia.


@ Dapat memperagakan baju baru atau fesyen fesyen terkini kepada tetamu lain dengan harapan mendapat jolokan artis.


@ Dapat berhibur secara percuma dengan melihat gelagat manusia yang pelbagai ragam.


@ Dapat merasa makanan yang jarang dapat pada hari hari biasa tanpa memikir berapa harganya, kerana semuanya percuma.


HAHAHA! Semoga terhibur :))
MyEm0.Com

ETIKA PINJAM DUIT

Korang nak pinjam duit dari member korang...dah la tak dapat, kena marah pulak lagi. Itu mungkin sebab korang tak tau etika nak pinjam duit dari member korang. Cuba korang ikut cara ni:-


@ Jangan sesekali korang telefon member korang pagi-pagi buta yakni masa dia baru nak bangun dari tidur sebab bukan duit yang korang dapat tapi maki hamun dan kata-kata keji yang tak masuk akal.


@ Jika nak pinjam RM10, pastikan 10 kali pujian korang berikan. Kalau RM50, maka 50 kali pujian dan kalau beratus ringgit, pandai-pandai la korang nak kira.


@ Pastikan mood kawan korang tu baik. Janganlah masa diorang baru lepas gaduh dengan bini, kena buang kerja, atau kereta baru kena tarik masa tu la korang nak pinjam duit. Takut-takut nanti ke hospital pulak korang lepas tu.


@ Taburkan janji-janji manis semasa meminjam. Contonhnya, korang kata pulangkan dengan nilai duit Uganda, tapi pastikan member korang tu tak tahu nilai pasaran duit terkini.


@ Setiap kali berjumpa dengan member korang, pastikan berpakaian yang sehabis buruk sehinggakan kain buruk lebih lawa dari pakaian korang. Nak lebih real ajak sekali anak bini korang.


@ Sebelum pinjam duit, selidik dulu latar belakang kawan korang tu. Kalau dia pun lagi susah daripada korang jangan cuba-cuba nak meminjam. Zalim namanya..


HAHAHA! Semoga Terhibur :))

MyEm0.Com

MAKAN

Q: Kenapa korang perlu makan?
A: Kita perlu makan kerana selepas makan kita akan kenyang dan selepas kenyang, kita boleh tidur. Selepas bangun tidur, kita akan lapar dan bila lapar, kita perlu makan.


Q: Adakah makan itu baik untuk kesihatan?
A: Ya.. tapi jangan la makan sampai macam ular sawa kekenyangan. Makan rasuah pun jangan sebab haram dan tak baik untuk kesihatan.


Q: Apakah akan terjadi sekiranya seseorang itu suka makan, makan dan makan?
A: Seseorang itu akan kenyang, kenyang dan kenyang. Lepas tu beras kat rumah pun cepat habis. Kesian la siapa yang tinggal serumah dengan orang macam ni.


Q: Kenapa makan guna tangan lagi sedap dari makan guna sudu?
A: Eh, mana ada..sama je. Makan pakai tangan atau pakai sudu sama je sedap kalau masakannya memang sedap. Nak salahkan sudu pulak, ngaku je la tak pandai masak.


Q: Kenapa bila lepas makan ke akan rasa kenyang?
A: Gilo! Apo punya soalan la..lepas makan memang la kenyang. Kalau makan tak kenyang-kenyang itu namanya makan angin, itu pun nak tanya.


HAHAHA! Semoga Terhibur :))


MyEm0.Com

WAKTU KORANG SERING BERKHAYAL

Ada masa berkhayal ini perlu, pasal bila kita berkhayal kita boleh mengubah diri kita ke arah kebaikan. Itu pun kalau berfikiran positif, tapi kalau negatif, keburukan la yang akan menimpa. Jadi korang fikir-fikirkan la.


@ Semasa menaiki bas balik kampung.. Berkhayal membayangkan kalau ada kereta, tak la bersusah payah beli tiket.


@ Semasa memandu kereta terserempak dengan kereta yang lebih cantik..Berkhayal kalau berduit nanti nak tambah aksesori canggih kasi gempak.


@ Semasa tengah berehat lepas menoreh getah..Berkhayal andai anak-anak pandai belajar dan bekerja best, lepas tu jaga korang yang tua tapi hampeh, semuanya tak mengenang budi.


@ Semasa tengah tengok album khawin..Berkhayal bila tiba masa korang pulak nak buat lebih best. Padahal sekolah pun tak habis lagi dah gatal fikir pasal khawin.


@ Semasa berborak kosong buat cerita, "Kalau la aku ada..bla bla bla..", tapi bila bersurai, masing-masing lupa angan-angan tu. Hangat-hangat taik ayam candu je.


@ Semasa cuba menidurkan diri, mula la..Berkhayal macam-macam hingga terlelap dan kononnya fantasi tu akan bersambung semula esoknya. Bangun pagi pun belum tentu ingat apa yang dikhayalkan.


@ Semasa tengok pengawal keselamatan dan pegawai bank masukkan duit dalam mesin ATM, perompak datang dan korang bagi bantuan menumpaskan perompak tu. Wah. hebat kan.. tapi kalau mati kena tembak? wah wah..apa lagi masuk kubur la.


HAHAHA! Semoga Terhibur :))


MyEm0.Com

SEBAB BEKAS PASANGAN MINTA RUJUK

@ Pakwe atau makwe dah tinggalkan korang, jadi bila tak de orang yang nak baru la nak menyesal dan teringat kat bekas pasangan.


@ Lepas clash dengan bekas pasangan, takde makwe atau pakwe yang nak. Maka daripada terus takde baik rujuk je dengan bekas pasangan.


@ Sebab pasangan sekarang diorang lebih teruk daripadan korang. Korang mungkin kedekut je, tapi diorang tu bukan saja kedekut, malah kaki kikis.


@ Biasa la, pasangan bercinta ni memang suka bergaduh. Lepas tu cakap nak clash sebab takde tolak ansur, pastu bila dah rindu, hantar SMS minta rujuk semula.


@ Mestila rujuk sebab selama ni duit makan, pengajian, kereta semua pasangan yang tanggung. Kalau sebelum naik semester tak rujuk balik, sapa nak tanggung.


@ Percaya sangat cakap orang lain daripada cakap pasangan sendiri atau tidak periksa dahulu kesahihannya. Bila dah tau perkara sebenar, baru nak minta maaf dan rujuk kembali.


@ Pasal mak bapak marah sebab masa tu korang masih di alam persekolahan, diorang suruh belajar, bukan bercinta. Sekarang ni dah kerja dah tentu mak bapak tak marah., so..kalau nak rujuk no problem la.


HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

DI SEBALIK AIR

Bila kita sebut pasal air, macam-macam kita boleh buat dengannya. Boleh minum, mandi, membasuh dan macam-macam lagi boleh buat. Selain dari kegunaan air itu, ada juga perkara lain disebalik air:-


@ Air dan wanita ibarat isi dengan kuku..tak dapat dipisahkan lagi kerana wanita amat mudah mengalirkan air mata walau dengan tanpa sebab. Panggilan lain untuk wanita ialah mata air.


@ Walaupun sifatnya lembut dan sejuk tapi banyak juga kemusnahan berlaku kerana air termasuklah banjir, mati kelemasan dan juga bergaduh di antara adik-beradik hanya kerana disimbah dengan air ketika tidur.


@ Minum air panas ketika hujan adalah perkara yang sangat asyik tapi tahukah korang, air hujan itu sendiri tidak boleh dibuat air panas untuk diminum ketika sejuk.


@ Berbagai-bagai air penguat tenaga yang dijual di pasaran tapi sampai sekarang tidak muncul-muncul juga mana-mana superhero yang kuat seperti iklan air penguat tenaga.


@ Walaupun air terjun tu nampak berani kerana ia selalu terjun, tapi manusia lebih berani dengan terjun dari bangunan dengan alasan putus harapan.


@ Dalam kehidupan air dalam badan amat penting dan sangat dekat dengan korang, disebab itulah juga air yang paling banyak korang bazirkan. Lumrah dunia sesuatu takkan dihargai selagi ia ada didepan mata, dah takde baru sibuk nak cari lori air.


HAHAHA! Semoga Terhibur :))


MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...