@ "Korang jangan susah hati, kena je nombor first prize ni, semua hutang ko tu aku setelkan."
- Tapi..bila naik je nombor tu, dia kata, tiket nombor hilang la, lupa beli laaa, tiket entah hilang ke mana la..
@ "Hari ni ko belanja aku, sok dapat gaji aku belanja ko pulak."
- Tapi..bila dapat gaji je, dia kata duit tak sempat tengok dah habis bayar hutang.
@ "Saya berjanji sekiranya dapat bekerja kat sini, saya akan bekerja bersungguh-sungguh."
- Tapi..bila dah kerja, hari-hari punch card dia merah, selain MC dan selalu hilang dari tempat kerja.
@ "Aku pinjam kejap je keta ko. Aku nak hantar mak aku ke stesen bas je."
- Tapi..bila dah pinjam seminggu belum tentu hantar balik. Abis dia lanyak bawak enjoy ntah ke mana-mana ntah.
@ "Jangan risau, kalau aku pinjam kete ko, aku akan isi minyah penuh."
- Tapi..bila time pulangkan kete, toksahkan minyak je kering kontang, macam2 saman dia tinggalkan untuk kita setelkan.
@ "Ingat, esok jangan lambat. Lagi bagus kalau boleh sampai setengah jam awal, sapa lambat tinggal atau pegi sendiri."
- Tapi..dia yang lewat dengan berbagai alasan, jem la, terlupa kunci jam la, itu la, ini la. Lepas tu senyum senyum kambing lagi.
HAHAHA! Semoga Terhibur :))

No comments:
Post a Comment