Saturday 30 April 2011

TANDA TANDA KORANG CUBA DIPIKAT

Pernah kena ngurat? Sama ada lelaki, perempuan atau di antaranya..peluang untuk dipikat, digoda, diurat atau seangkatanya gerenti ada. Korang boleh perasan kalau ada orang yang cuba masuk jarum dengan petanda fikizal diorang. Meh baca..


@ Mula-mula , mesti diorang cuba mintak nombor phone korang dengan berbagai cara dan helah secara direct atau melalui kawan2 korang.


@ Lepas dapat nombor phone, diorang mula2 buat salah hantar mesej atau tersilap dail. Ada jugak siap tanya biodata empunya nombor phone tu.


@ Seterusnya, diorang akan selalu mesej korang. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, yang lebih dasyat pkul 2 3 pagi pun nk SMS lagi. Dalam ngantu ngantuk tu pun boleh kata mata masih segar lagi.


@ Dah tu pulak, dah penat2 SMS dengan korang, dia akan terus call korang. Konon bercakap lagi save daripada SMS.


@ Dah rasa kukuh sikit cubaan memikat tu, dia akan ajak keluar gi makan ke, temankan korang beli belah ke, ape ke. Memang pandai diorang dalam bab bab mengajak keluar ni. Kalau takde kereta tu, sanggup pinjam kereta kawan atau menyewa.


@ Bila dah lama sikit kenal, dia tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk la, comot la, sayang la, abang la, dan macam macam lagi la panggilan.


@ Kemudian mula la start mesej2 nakal. Konon konon nak lebih mesra dan bermanja la tu.


@ Akhir sekali, sekiranya dia betul betul nak pikat korang, dia akan melamar korang dengan melafazkannya sama ada dalam telefon je, ada yang bersemuka ketika makan, ada yang sanggup datang waktu malam sebab nak bersaksikan bulan.


HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...