Korang rasa bosan dan tension, korang boleh baca semua lawak2 yang aku tulis dalam blog ni. Kebanyakan lawak2 ini aku ambil dari majalah apo? dan ujang, sbb kedua-dua majalah tu majalah fav aku. Kalau korang ada cerita2 lucu yang nak dikongsikan bersama, boleh e-mailkan kat aku, ketawa_besar@yahoo.com. Aku akan publish lawak2 korang tu. Sharing is caring. Semoga terhibur :)
Saturday, 30 April 2011
AYAT TAK BOLEH PAKAI
@ "Korang jangan susah hati, kena je nombor first prize ni, semua hutang ko tu aku setelkan."
- Tapi..bila naik je nombor tu, dia kata, tiket nombor hilang la, lupa beli laaa, tiket entah hilang ke mana la..
@ "Hari ni ko belanja aku, sok dapat gaji aku belanja ko pulak."
- Tapi..bila dapat gaji je, dia kata duit tak sempat tengok dah habis bayar hutang.
@ "Saya berjanji sekiranya dapat bekerja kat sini, saya akan bekerja bersungguh-sungguh."
- Tapi..bila dah kerja, hari-hari punch card dia merah, selain MC dan selalu hilang dari tempat kerja.
@ "Aku pinjam kejap je keta ko. Aku nak hantar mak aku ke stesen bas je."
- Tapi..bila dah pinjam seminggu belum tentu hantar balik. Abis dia lanyak bawak enjoy ntah ke mana-mana ntah.
@ "Jangan risau, kalau aku pinjam kete ko, aku akan isi minyah penuh."
- Tapi..bila time pulangkan kete, toksahkan minyak je kering kontang, macam2 saman dia tinggalkan untuk kita setelkan.
@ "Ingat, esok jangan lambat. Lagi bagus kalau boleh sampai setengah jam awal, sapa lambat tinggal atau pegi sendiri."
- Tapi..dia yang lewat dengan berbagai alasan, jem la, terlupa kunci jam la, itu la, ini la. Lepas tu senyum senyum kambing lagi.
HAHAHA! Semoga Terhibur :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment