Bila kita sebut pasal air, macam-macam kita boleh buat dengannya. Boleh minum, mandi, membasuh dan macam-macam lagi boleh buat. Selain dari kegunaan air itu, ada juga perkara lain disebalik air:-
@ Air dan wanita ibarat isi dengan kuku..tak dapat dipisahkan lagi kerana wanita amat mudah mengalirkan air mata walau dengan tanpa sebab. Panggilan lain untuk wanita ialah mata air.
@ Walaupun sifatnya lembut dan sejuk tapi banyak juga kemusnahan berlaku kerana air termasuklah banjir, mati kelemasan dan juga bergaduh di antara adik-beradik hanya kerana disimbah dengan air ketika tidur.
@ Minum air panas ketika hujan adalah perkara yang sangat asyik tapi tahukah korang, air hujan itu sendiri tidak boleh dibuat air panas untuk diminum ketika sejuk.
@ Berbagai-bagai air penguat tenaga yang dijual di pasaran tapi sampai sekarang tidak muncul-muncul juga mana-mana superhero yang kuat seperti iklan air penguat tenaga.
@ Walaupun air terjun tu nampak berani kerana ia selalu terjun, tapi manusia lebih berani dengan terjun dari bangunan dengan alasan putus harapan.
@ Dalam kehidupan air dalam badan amat penting dan sangat dekat dengan korang, disebab itulah juga air yang paling banyak korang bazirkan. Lumrah dunia sesuatu takkan dihargai selagi ia ada didepan mata, dah takde baru sibuk nak cari lori air.
HAHAHA! Semoga Terhibur :))
No comments:
Post a Comment