Friday, 29 April 2011

ETIKA PINJAM DUIT

Korang nak pinjam duit dari member korang...dah la tak dapat, kena marah pulak lagi. Itu mungkin sebab korang tak tau etika nak pinjam duit dari member korang. Cuba korang ikut cara ni:-


@ Jangan sesekali korang telefon member korang pagi-pagi buta yakni masa dia baru nak bangun dari tidur sebab bukan duit yang korang dapat tapi maki hamun dan kata-kata keji yang tak masuk akal.


@ Jika nak pinjam RM10, pastikan 10 kali pujian korang berikan. Kalau RM50, maka 50 kali pujian dan kalau beratus ringgit, pandai-pandai la korang nak kira.


@ Pastikan mood kawan korang tu baik. Janganlah masa diorang baru lepas gaduh dengan bini, kena buang kerja, atau kereta baru kena tarik masa tu la korang nak pinjam duit. Takut-takut nanti ke hospital pulak korang lepas tu.


@ Taburkan janji-janji manis semasa meminjam. Contonhnya, korang kata pulangkan dengan nilai duit Uganda, tapi pastikan member korang tu tak tahu nilai pasaran duit terkini.


@ Setiap kali berjumpa dengan member korang, pastikan berpakaian yang sehabis buruk sehinggakan kain buruk lebih lawa dari pakaian korang. Nak lebih real ajak sekali anak bini korang.


@ Sebelum pinjam duit, selidik dulu latar belakang kawan korang tu. Kalau dia pun lagi susah daripada korang jangan cuba-cuba nak meminjam. Zalim namanya..


HAHAHA! Semoga Terhibur :))

MyEm0.Com

2 comments:

  1. salam...

    mmmang tak suka pnjam duit...

    * folo ur blog..

    ReplyDelete
  2. jangan bagi org pinjam. susah betul nak bayar. hish

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...