Friday, 29 April 2011

DI SEBALIK KENDURI

Apa ada pada kenduri selain dari makan, makan dan makan? Ada perkara lain yang korang tak nampak di sebalik kenduri, antaranya:-


@ Dapat berjumpa kembali dengan sanak saudara, sahabat handai yang lama terpisah ataupun pura-pura terpisah akibat daripada hutang-hutang yang belum selesai.


@ Dapat bertemu jodoh secara tak sengaja atau sengaja terjumpa dengan jodoh yang lama terpisah akibat dari tentangan keluarga.


@ Dapat memupuk kembali semangat gotong royong dan bantu membantu yang semakin pudar ditelan kesibukan mengejar harta dunia.


@ Dapat memperagakan baju baru atau fesyen fesyen terkini kepada tetamu lain dengan harapan mendapat jolokan artis.


@ Dapat berhibur secara percuma dengan melihat gelagat manusia yang pelbagai ragam.


@ Dapat merasa makanan yang jarang dapat pada hari hari biasa tanpa memikir berapa harganya, kerana semuanya percuma.


HAHAHA! Semoga terhibur :))
MyEm0.Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...