Friday, 29 April 2011

WAKTU KORANG SERING BERKHAYAL

Ada masa berkhayal ini perlu, pasal bila kita berkhayal kita boleh mengubah diri kita ke arah kebaikan. Itu pun kalau berfikiran positif, tapi kalau negatif, keburukan la yang akan menimpa. Jadi korang fikir-fikirkan la.


@ Semasa menaiki bas balik kampung.. Berkhayal membayangkan kalau ada kereta, tak la bersusah payah beli tiket.


@ Semasa memandu kereta terserempak dengan kereta yang lebih cantik..Berkhayal kalau berduit nanti nak tambah aksesori canggih kasi gempak.


@ Semasa tengah berehat lepas menoreh getah..Berkhayal andai anak-anak pandai belajar dan bekerja best, lepas tu jaga korang yang tua tapi hampeh, semuanya tak mengenang budi.


@ Semasa tengah tengok album khawin..Berkhayal bila tiba masa korang pulak nak buat lebih best. Padahal sekolah pun tak habis lagi dah gatal fikir pasal khawin.


@ Semasa berborak kosong buat cerita, "Kalau la aku ada..bla bla bla..", tapi bila bersurai, masing-masing lupa angan-angan tu. Hangat-hangat taik ayam candu je.


@ Semasa cuba menidurkan diri, mula la..Berkhayal macam-macam hingga terlelap dan kononnya fantasi tu akan bersambung semula esoknya. Bangun pagi pun belum tentu ingat apa yang dikhayalkan.


@ Semasa tengok pengawal keselamatan dan pegawai bank masukkan duit dalam mesin ATM, perompak datang dan korang bagi bantuan menumpaskan perompak tu. Wah. hebat kan.. tapi kalau mati kena tembak? wah wah..apa lagi masuk kubur la.


HAHAHA! Semoga Terhibur :))


MyEm0.Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...