Monday 9 May 2011

HERO HERO TAK RELEVAN

Kita boleh lihat banyak hero ciptaan barat, macam macam! Macam best jer. Memang sekali tengok macam best  ler. Tapi, cuba fikir 8 kali, pasti korang mendapati kebanyakan hero tu mengarut je, tak relevan dan tak ikhlas langsung!! Malah kebanyakkannya juga bukan ciptaan original, ditiru dan diciplak!!


@ Superman
 - Kalau nak ikutkan, nama Superman ni tak original kerana ia diambil dari nama salah seorang tukang kebun Indon yang bekerja di Hollywood, iaitu Suparman. Malah kain layang di belakang Superman juga ditiru dari Suparman , yang mana beliau selalu mengikat kain pelikat di belakang ketika salji turun.

@ Batman
 - Semua orang tau Batman membanteras jenayah pada waktu malam. Habis tu, kalau orang jahat buat perangai waktu siang hari macam mana? Pernah tak korang tengok Batman keluar time matahari terpacak kat kepala? Sekarang ni orang rompak kedai emas siang siang buta dengan selambanya kan?


@ Spiderman
 - Sampai sekarang masih terfikir siapakah yang bersihkan tali tali yang dia buat bergayut ke sana ke mari tu ya? Kalau biar, mau penuh berjuntai juntai kat bangunan bangunan. Ke Spiderman ada bukak kompeni cleaner services, cuci bangunan?


@ Iron Man
 - Agak agak berapa kilo pakaian Iron Man tu ya? Kalau gadai kat kedai besi buruk dapat banyak gak kot. Tak panas ke? Ke ada aircond dalam pakaian dia tu? Banyak soal plakkkk!!


@ Hulk
 - Hero yang bermasalah besar niii. Sampai bila dia kena marah marah dulu baru boleh bertukar jadi hijau dan kuat. Pastu baru boleh tolong orang yang dalam kesusahan. Susah la kalau macam ni. Lepas tu, dah la tak hensem!!


HAHAHA! Semoga Terhibur :))


p/s: mesti korang terbayang bayang muka hero hero ni kan? :P
MyEm0.Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...