Wednesday 4 May 2011

MABUK

Seorang lelaki memandu kereta bersama isterinya telah ditahan polis.

"Selamat pagi encik. Encik bawa kereta 80km sejam, melebihi had kelajuan yang dibenarkan, iaitu 70km sejam."
Lelaki itu menjawab, "Tidak, saya tak bawa lebih daripada had itu."
Isterinya berpaling ke arahnya dengan muka marah, "Abang, memang tadi abang bawa 80km sejam!"
Si suami bengang, "Awak diamlah!"

Berkata lagi polis tersebut. "Encik juga tak pakai tali pinggang keledar."
Jawab lelaki itu, "Tidak, saya pakai tali pinggang keledar ni."
Isterinya menoleh, "Abang, memang abang tak pakai tali pinggang ni. Saya nampak, dah ke...."

Suaminya naik darah. Sebelum isterinya sempat menghabiskan cakap, dia menjerit, "Awak diam! Jangan masuk campur hal ni!!"

Pegawai polis membongkok, kemudian bertanya; "Maafkan saya puan. Ini suami puan?"
"Ya." jawab wanita itu.
"Adakah setiap hari dia macam ni..menjerit, menipu dan memarahi puan?"
"Oh, tidak, tidakkk... kecuali semasa dia mabuk," jawab wanita tadi.

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...