Sunday 8 May 2011

TEKNIK ERATKAN KASIH SAYANG

Kasih sayang kena pupuk, kena bina, kena sentiasa dibajai biar ia terus subur. Kasih sayang ni boleh berkurang, pudar atau luntur kalau silap perhitungan. Jom belajar teknik teknik agar kasih sayang korang terus segar dan mekar.


@ Mengepit
 - Jangan biarkan pasangan korang pergi ke mana mana tanpa korang di sisinya. Korang harus menggunakan teknik mengepit walau di mana jua berada agar si dia sentiasa sedar akan kehadiran korang di sisinya. Cuma masih difikirkan adakah ia relevan untuk dipratikkan ketika si dia masuk tandas.

@ Spy Menyepai
 - Teknik yang ini mungkin memerlukan sedikit modal untuk mengupah spy persendirian. Tapi kalau si dia dapat mengesan korang pasang spy, mungkin si dia akan merasuah spy tersebut. Pastikan spy tu jujur, amanah dan bertanggungjawab! Kalau rasa tak percaya, korang la menyepai sendiri.

@ Melekat
 - Teknik ini adalah lebih kurang dengan mengepit tadi, tapi ini lebih dasyat! Kesannya terhadap pasangan mungkin beliau akan terasa memiliki kembar siam! Malah, bila dah melekat ni, memang jarang jarang ada peluang nak melepaskan diri walau sesaat pun!

@ Ikat Mengikat
 - Pada dasarnya korang seperti memberi si dia kebebasan untuk bergerak ke sana ke mari, tetapi hakikatnya hanya si dia yang tahu. Kerana, mungkin dia hanya boleh bergerak lebih kurang 10 meter sahaja, lepas tu tersekat la dengan tali yang diikatkan di pinggangnya. Mujur ikat kat pinggang, kalau kat hidung? Sebijik macam lembu!

@ Cctv
 - Mungkin si dia menjadi satu satunya makhluk kat muka bumi ini yang memiliki cctv pada tubuh badan. Pandai pandai korang la nak pasang macam mana dan di bahagian mana. So, korang boleh la lepak lepak kat rumah dan cuma lihat pergerakan si dia melalui monitor/skrin je. Efisyen sungguh kan?

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
MyEm0.Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...