Tuesday 10 May 2011

KUASA LUARBIASA

Kita sering mengagumi kebolehan kebanyakan adiwira terkenal dunia kerana mempunyai pelbagai kuasa luarbiasa yang membolehkan mereka melakukan perkara yang tak logik dilakukan oleh manusia biasa. Tetapi, tahukah anda kuasa luarbiasa ini mungkin sudah tertanam dalam tubuh anda tanpa anda sedari. Jum kita baca dan renung renungkan..

@ Boleh makan seperiuk nasik tanpa ada apa apa kesan pada perut. Ternyata anda mempunyai kuasa untuk menghabiskan berasa dalam sekelip mata... pastu tidur kan? kan??

@ Boleh menghilangkan diri seperti dibawa angin setiap kali orang datang untuk meminta derma. Kebolehan ini dipanggil halimunan jahanam peringkat kedua!!

@ Boleh memperdayakan kaum wanita dengan janji manis kemudian mengambil kesempatan dengan rakus. Ini memang kuasa luarbiasa yang dimiliki oleh buaya darat terhormat!!

@ Mampu menghilangkan benda seperti duit member, kasut surau, henpon dan bermacam macam lagi barang curi. Kebolehan ini dimiliki oleh golongan jin seperti toyol dan korang boleh jadi apperantice diorang kot!!

@ Boleh bermain facebook dari pagi hingga petang di waktu pejabat tanpa dikesan. Ternyata korang memperolehi kuasa untuk mencari kerja lain jikalau diberkas majikan.

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
p/s : bangga tak ada kuasa luar biasa?
MyEm0.Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...