Tuesday 10 May 2011

PERKARA YANG MELEMAHKAN IRONMAN

Ironman ni memang cukup terkenal dengan kecanggihan perisai kostumnya yang mampu membuat apa sahaja untuk menewaskan musuhnya seperti yang kita lihat di layar perak. Walaupun begitu, ada jugak beberapa perkara yang boleh melemahkan semangat Ironman untuk berjuang. Jum baca...

@ Air Longkang
 - Kalau korang nak bertarung dengan Ironman, pastikan korang menyimbah sebaldi air longkang terlebih dahulu ke kostumnya untuk menjahanamkan pendawaian berlitar kostum canggih Tony Stark tu.. confirm meletup on the spot.

@ Pemain DVD
 - Bawa pemain DVD dan cucuk soket di kostum beliau untuk mendapatkan bekalan elektrik, cara ini akan menarik kuasa kostumnya sebanyak 80%.

@ Kangkung Masak Cili Api
 - Ajak Ironman makan juadah ini dengan sepinggan nasi, apabila sesudah makan pastinya Ironman akan terkentut kentut dalam kostumnya sehinggakan beliau sendiri tak tahan dan menanggalkan kostumnya begitu sahaja.

@ Mercun Papan
 - Baling mercun papan secara mengejut ke arah Ironman, pasti beliau akan melatah teruk sehingga memusnahkan papan litar kawalan kostumnya dan diakhiri dengan 1 letupan di bahagian lutut superhero tersebut.

@ Perempuan Cantik
 - Semua orang tahu yang Tony Stark ni kaki perempuan kan.. jadi apa susah? Upah beberapa orang awek untuk mengorat beliau yang mana kesempatan ini korang boleh gunakan untuk memusnahkan kostum beliau dengan jayanya.

HAHAHA! Semoga Terhibur :))
p/s : selamat mencuba!!
MyEm0.Com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...